Asal Usul
Kuih
Beronok atau juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih
tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai
sagu mata ikan. Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut. Kuih ini
amat terkenal dalam masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Kuih ini selalu
dihidangkan dalam majlis kenduri dan majlis- majlis kemasyarakatan dan ada juga
ia dihidangkan dalam mesyuarat-mesyuarat. Kuih ini enak dimakan diwaktu pagi
dan petang. Kuih ini sesuai dimakan oleh segenap lapisan masyarakat dan umur.
Kuih
Beronok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Beronok biasanya tidak tahan
lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia
dihasilkan pelbagai bentuk dan warna. Disebabkan ia tidak tahan lama, Beronok tidak
dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan
sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.
Bahan-Bahannya:
1 cawan
sagu biji
3 cawan
air
1 cawan
gula
1/2 biji
kelapa parut (muda)
sedikit
garam ( gaulkan rata)
pewarna
merah
daun
pandan (simpulkan)
Cara Memasak:
1. Sagu
biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2.
Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan
daun pandan.
3.
Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila
sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5.
Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan
garam.
6.
Hidangkan.Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube.Walaupun berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:
No comments:
Post a Comment