Wednesday, 27 November 2013

PISANG GORENG





Bila di sebut pisang goreng, pasti ramai yang biasa merasainya kan.. Apatah lagi apabila pisang goreng di makan pada waktu masih panas dan di waktu petang selepas pulang dari kerja. Sebagai rakyat Malaysia pastinya mengenali pisang goreng ni..Kalau tak kenal mungkin anda orang bandar yang tidak pernah singgah tepi jalan-jalan..

‘Pisang goreng’ atau ‘goreng pisang’. Tak kisahlah mana satu pun yang penting goreng pun sedap. Pisang goreng merupakan makanan yang mudah untuk dihasilkan lebih-lebih lagi sekarang ni ada tepung goreng khas. Celup pisang ke dalam tepung tu, tambah sikit garam, tuangkan air dan goreng. Kebiasaannya banyak gerai-gerai di tepi jalan yang menjual pisang goreng ni.

Pisang Goreng merupakan makanan ringan jenis goreng celup tepung yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Ia dimakan pada waktu pagi, dan petang biasanya dihidang panas-panas. Ia sering dijual oleh penjaja jalanan.

Pisang biasanya dicelup dalam adunan cair kunyit, dan tepung sebelum digoreng dalam minyak. Kini terdapat pisang goreng yang dihidangkan bersama keju, jam dan coklat. Sesetengah orang mendakwa ini bagi meningkatkan imej makanan sebagai makanan tradisional bagi mereka yang berpendapatan rendah.



RESEPI GORENG PISANG RANGUP

Bahan-bahan
4 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung gandum
1/2 kotak kecil Santan ( tidak kisah brand apa pun- kara, ayam brand, harmoni )
1 sudu Serbuk Penaik
1/2 sudu Kapur (optional)
1 sudu Serbuk Kunyit (optional)
1 biji telur
4 sudu besar Mentega / Marjerin ( dicairkan )
Garam secukup rasa
Air secukupnya
500ml Minyak Masak
1 cawan Shortening

Pisang

Cara-caranya

1. Anda perlu cairkan dahulu mentega / marjerin-apabila telah cair biarkan ia sejuk. (pastikan jangan sampai hangit)


2. Masukkan kesemua bahan-bahan termasuk telur dan air,pastikan kacau hingga sebati dan air gunakanlah secukupnya . ( Jika batter agak cair- masukkan sedikit lagi tepung beras, kita inginkan batter yang pekat-pastikan pekat tau macam santan dalam kotak tu )


3. Masa ni lah anda perlu memasukkan mentega/ marjerin yang telah cair itu ke dalam batter . Kacau sebati dan siap untuk digunakan. (anda boleh menggunakan resepi ini untuk menggoreng pisang atau menggoreng roti sardin)


4. Pastikan minyak goreng dipanaskan terlebih dahulu, dan campurkan lemak sayuran (shortening) tujuan penggunaannya adalah untuk mengranggupkan lagi pisang goreng kita ni..


5. Selamat mencuba.

Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube.walaupn berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:

KUIH ONDE - ONDE





Nama kuih onde-onde datangnya dari cara menghasilnya di mana adunan digentel bulat. Nama kuih buah Melaka pula datangnya dari saiz dan bentuknya yang menyerupai buah pokok Melaka. Selain itu perbezaan antara kuih onde-onde dan kuih buah Melaka adalah kandungan intinya. Kuih buah Melaka menggunakan gula kabung/gula Melaka yang lebih cerah sebagai inti. Kuih onde-onde pula menggunakan gula nisan yang diperbuat daripada nira kelapa dan bewarna lebih hitam. Di sesetengah tempat di pantai timur kuih ini lebih dikenali sebagai kuih kekoh caar.

Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.

Kuih onde-onde tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering untuk dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.

Kuih onde-onde biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih onde-onde biasanya agak mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak begitu melikit atau berkuah. Kuih onde-onde biasanya ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.


Bahan-bahan ( 30 biji )
1/2 peket tepung pulut (250g)
7 helai daun pandan (saiz sederhana)
1/2 camca besar tepung gandum
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Air
Gula Melaka (potong kecil2)
Kelapa muda (parut)


Cara-cara
1) Gaulkan tepung pulut, tepung gandum & sedikit garam.
2) Daun pandan dipotong kecil2 dan dikisar dgn sedikit air.
3) Tapis air daun pandan tadi, campurkan beberapa titik pewarna hijau & tuang sedikit demi sedikit ke        dalam campuran tepung hingga menjadi doh.
4) Ambil doh (ikut saiz kegemaran anda) bentukkan bulat2 & masukkan inti (gula melaka) di tengah.
5) Rebuskan di dalam air mendidih. Bila kuih timbul di permukaan itu menandakan kuih sudah masak.
6) Golekkan ke atas kelapa muda yang telah digaulkan dgn sedikit garam sewaktu masih panas & boleh lah dihidangkan.
Selamat Mencuba =)

Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube.Walaupun berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:



Wednesday, 20 November 2013

KUIH BERONOK/ KUIH SAGU





Asal Usul
Kuih Beronok atau juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan. Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut. Kuih ini amat terkenal dalam masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Kuih ini selalu dihidangkan dalam majlis kenduri dan majlis- majlis kemasyarakatan dan ada juga ia dihidangkan dalam mesyuarat-mesyuarat. Kuih ini enak dimakan diwaktu pagi dan petang. Kuih ini sesuai dimakan oleh segenap lapisan masyarakat dan umur.

Kuih Beronok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Beronok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan pelbagai bentuk dan warna. Disebabkan ia tidak tahan lama, Beronok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut (muda)
sedikit garam ( gaulkan rata)
pewarna merah
daun pandan (simpulkan)

Cara Memasak:
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.

Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube.Walaupun berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:

KUIH AKOK





Asal Usul
Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini juga amat popular ketika bulan Ramadhan. Rasanya yang lemak manis amat digemari oleh semua peringkat usia. Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.Bahan utama dalam menghasilkan kuih ini adalah telur , gula melaka, tepung gandum dan santan. Cara untuk menghasilkannya juga agak menarik dimana ianya akan dibakar menggunakan api atas dan bawah sebagaimana proses membuat kuih bahulu. Bezanya Cuma dari segi penggunaan acuannya sahaja dimana, untuk menghasilkan kuih akok seseorang itu perlu menggunakan acuan kuih itu sendiri.

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan bewarna hijau dan. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Akok ini mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah Akok Nisan, Akok Daun Pandan, Akok Berlauk, Akok Kemboja, dan Akok Pisang.

Bahan-Bahan:( sukatan cawan)
1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kabung (Racik halus masukkan dalam cawan)
1 cawan air
1/2 cawan gandum
3 helai daun pandan (carik-carik)
Secubit garam

Cara-Cara:
Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan acuan dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.

Bakar hingga masak. Selepas 15min suhu diturunkan ke 180'C.Guna api atas dan bawah

Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube. Walaupun berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:

KUIH BAHULU






Asal Usul

Kuih bahulu merupakan kuih tradisional yang sudah lama terkenal di Malaysia ini. Kuih ini menjadi kelaziman bagi masyarakat kita untuk dihidangkan pada hari raya, majlis perkahwinan dan lain-lain majlis. Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.

Kuih Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu.

Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak.

Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.

Zaman sekarang pelbagai corak bahulu samada tradiosional atau moden mengikut citarasa masyarakat kini.
Cara membakarnya pula agak berbeza, kerana dahulu bahulu dibakar mengunakan dulang yang berisi pasir dan diletakan bara arang kayu diatas penutupnya untuk meratakan haba.

Bahan-bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
Sedikit minyak.

 Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau tidak mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selama 2 minggu. In sha Allah.
6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan terlalu lama. Cuma sebentar sahaja dan tepung agak-agak hangat. Ini sama juga seperti kaedah orang diulu-dulu menjemur tepung.
7. Peringatan! Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika anda 'off' kan fat oven kerana kalau anda guna fan tersebut, bahulu akan mengecut sedikit nanti dan kelihatan tidak cantik.


Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube. Walaupun berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:

Wednesday, 13 November 2013

KUIH GULUNG/KETAYAP



Kuih Gulung atau juga dikenali sebagai Kuih Ketayap merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia sejak dahulu lagi menjadi makanan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu.Ia merupakan sejenis kuih adalah sejenis kuih berinti. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri daripada kulit nipis bulat dan diletakkan inti yang diperbuat daripada nyiur muda dan gula Melaka/nisan di dalamnya. Nama Kuih Gulung kemungkinannya disebabkan cara membuatnya di mana kulit luar kuih digulung pada inti. Nama lainnya kuih ketayap pula disebabkan rupa kulit luarnya yang seperti ketayap sebelum digulungkan bersama inti dalam. Kuih gulung ini popular diseluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja.

Resipi
Bahan Untuk Kulit

300 gm tepung gandum
650 ml air pandan
1 sudu teh tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar, dan kisar.... sampai semua sebati , kemudian tapis. Tuang sesenduk ke dalam pan leper berbentuk bulat dan dadar nipis....
Sudukan inti dan letak atas kulit kuih ketayap tadi dan gulung kemas...

Bahan Untuk Inti
430 gm air
300 gm kelapa parut muda (ambil putihnya sahaja)
150 gm gula merah / gula melaka
70 gm gula pasir
1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dengan sedikit air)
1 helai daun pandan disiat dan disimpul

Untuk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan air tepung jagung. Masak hingga adunan pekat dan berkilat.


Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube.walaupn berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:

Tuesday, 12 November 2013

KARIPAP






Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.

Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta kini dan ia selalu nya akan dihidang bersama dengan air tea o dan ia selalunya dimakan waktu waktu pagi sebagai “breakfast” kerana karipap ini merupakan satu makanan ringan yang menyelerakan.

Terdapat pelbagai jenis karipap di negara kita ini dan sebagai contohnya ialah Karipap Daging, Karipap Ayam, Temosa Karipap Ikan, Karipap Sardin, Karipap Pusing dan Karipap Mini


Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube.Walaupun berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:





                                        



MAKSUD MAKANAN TRADISIONAL

Makanan tradisional adalah makanan dan minuman yang biasa dikonsumsi oleh masyarakat tertentu, dengan citarasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut. Bagi masyarakat Malaysia umumnya amat diyakini khasiat, aneka makanan tradisional, seperti karipap, nasi lemak, roti canai dan sebagainya. Disamping berkhasiat, makanan tradisional juga mengandung segi positip yang lain seperti: Bahan-bahan yang bervitamin, bergizi tinggi, serat, murah dan mudah didapat, sesuai dengan selera masyarakat sehingga diyakini punya potensi yang baik sebagai makanan

Makanan tradisional adalah segala jenis makanan olahan dan gabungan masyarakat Malaysia, khas daerah setempat, mulai dari makanan lengkap, selingan dan minuman, yang cukup kandungan gizi, serta biasa dikonsumsi oleh masyarakat kawasan tersebut.

Dengan beragam dan bervariasinya bahan dasar, maka dapat dihasilkan bermacam-macam jenis makanan tradisional yang sedemikian rupa sehingga menjadi makanan yang lazat dan gizi seimbang. Demikian juga cara pembuatannya dilakukan dengan beragam dan bervariasi seperti: Dengan membakar/memanggang, pengasapan, pemepesan, pengukusan, menggoreng dan menumis.

Makanan tradisional dipengaruhi oleh kebiasaan makan masyarakat dan menyatu di dalam sistem sosial budaya berbagai golongan etnik dan kaum di daerah-daerah. Makanan tersebut disukai , kerana rasa, tekstur dan aromanya sesuai dengan seleranya. Demikian juga dengan kebiasaan makan khas daerah umumnya tidak mudah berubah, walaupun anggota etnik bersangkutan pindah ke daerah lain.

Monday, 11 November 2013

BLOG???

Definisi Blog:
Blog (juga dikenali sebagai weblog atau log web) adalah sebuah laman web yang terdiri daripada penyertaan (juga dipanggil posts) yang terdapat dalam susunan kronologi terbalik dengan kemasukan paling terkini muncul pertama (sama dalam format jurnal setiap hari). Blogs biasanya termasuk ciri-ciri seperti komen dan link untuk meningkatkan interaktiviti pengguna. Blog yang dicipta menggunakan perisian penerbitan tertentu.


Dunia Sebelum Blogging:
Terdapat masa apabila Internet adalah hanya alat maklumat. Dalam kehidupan awal World Wide Web kira-kira 20 tahun yang lalu, laman-laman web yang mudah dan dengan syarat perbualan berat sebelah. Seperti masa berlalu, Internet menjadi lebih interaktif dengan pengenalan laman web berasaskan transaksi dan membeli-belah dalam talian, tetapi dunia dalam talian kekal berat sebelah.
Itu semua berubah dengan evolusi Web 2.0 (web sosial) di mana kandungan yang dijana pengguna menjadi sebahagian daripada dunia online. Hari ini, pengguna mengharapkan laman web untuk menyediakan perbualan dua hala dan log web (atau blog) telah dilahirkan.

Permulaan Blog:
Blog-blog yang paling awal bermula pada akhir 1990-an sebagai diari dalam talian. Individu Hantar maklumat setiap hari tentang kehidupan dan pendapat mereka. Jawatan harian telah disenaraikan mengikut tarikh terbalik, supaya para pembaca melihat pos yang paling baru-baru ini pertama dan tatal melalui jawatan sebelumnya. Format menyediakan monolog dalaman berterusan dari penulis.

Blogs Hari Ini:
Sebagai Internet telah menjadi lebih sosial, blog telah mendapat dalam populariti. Hari ini, terdapat lebih 100 juta blog dengan lebih memasuki blogosphere setiap hari. Blog telah menjadi lebih daripada diari dalam talian. Malah, blog telah menjadi bahagian penting dalam dunia dalam talian dan luar talian dengan blogger popular yang memberi kesan kepada dunia politik, perniagaan dan masyarakat dengan kata-kata mereka
Sebagai blog berkembang, ciri-ciri interaktif telah ditambah untuk mencipta perbualan dua hala. Pembaca mengambil kesempatan daripada ciri-ciri yang membolehkan mereka untuk meninggalkan komen di blog atau pautan kepada posting di blog-blog lain dan laman web untuk melanjutkan dialog.

Masa Depan Blogs:
Ia seolah-olah tidak dapat dielakkan bahawa blog akan menjadi lebih kuat pada masa akan datang dengan lebih ramai orang dan perniagaan mengiktiraf kuasa blogger sebagai pengaruh dalam talian. Sesiapa sahaja boleh memulakan blog terima kasih kepada yang mudah alat sedia ada dalam talian (dan sering percuma). Persoalannya mungkin tidak akan menjadi, "Mengapa saya perlu memulakan blog?" tetapi sebaliknya, "Mengapa tidak saya memulakan blog?"