Wednesday 20 November 2013

KUIH AKOK





Asal Usul
Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini juga amat popular ketika bulan Ramadhan. Rasanya yang lemak manis amat digemari oleh semua peringkat usia. Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.Bahan utama dalam menghasilkan kuih ini adalah telur , gula melaka, tepung gandum dan santan. Cara untuk menghasilkannya juga agak menarik dimana ianya akan dibakar menggunakan api atas dan bawah sebagaimana proses membuat kuih bahulu. Bezanya Cuma dari segi penggunaan acuannya sahaja dimana, untuk menghasilkan kuih akok seseorang itu perlu menggunakan acuan kuih itu sendiri.

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan bewarna hijau dan. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Akok ini mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah Akok Nisan, Akok Daun Pandan, Akok Berlauk, Akok Kemboja, dan Akok Pisang.

Bahan-Bahan:( sukatan cawan)
1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kabung (Racik halus masukkan dalam cawan)
1 cawan air
1/2 cawan gandum
3 helai daun pandan (carik-carik)
Secubit garam

Cara-Cara:
Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan acuan dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.

Bakar hingga masak. Selepas 15min suhu diturunkan ke 180'C.Guna api atas dan bawah

Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube. Walaupun berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:

No comments:

Post a Comment