Wednesday 20 November 2013

KUIH BAHULU






Asal Usul

Kuih bahulu merupakan kuih tradisional yang sudah lama terkenal di Malaysia ini. Kuih ini menjadi kelaziman bagi masyarakat kita untuk dihidangkan pada hari raya, majlis perkahwinan dan lain-lain majlis. Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.

Kuih Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu.

Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak.

Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.

Zaman sekarang pelbagai corak bahulu samada tradiosional atau moden mengikut citarasa masyarakat kini.
Cara membakarnya pula agak berbeza, kerana dahulu bahulu dibakar mengunakan dulang yang berisi pasir dan diletakan bara arang kayu diatas penutupnya untuk meratakan haba.

Bahan-bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
Sedikit minyak.

 Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau tidak mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selama 2 minggu. In sha Allah.
6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan terlalu lama. Cuma sebentar sahaja dan tepung agak-agak hangat. Ini sama juga seperti kaedah orang diulu-dulu menjemur tepung.
7. Peringatan! Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika anda 'off' kan fat oven kerana kalau anda guna fan tersebut, bahulu akan mengecut sedikit nanti dan kelihatan tidak cantik.


Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube. Walaupun berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:

No comments:

Post a Comment