Wednesday 27 November 2013

PISANG GORENG





Bila di sebut pisang goreng, pasti ramai yang biasa merasainya kan.. Apatah lagi apabila pisang goreng di makan pada waktu masih panas dan di waktu petang selepas pulang dari kerja. Sebagai rakyat Malaysia pastinya mengenali pisang goreng ni..Kalau tak kenal mungkin anda orang bandar yang tidak pernah singgah tepi jalan-jalan..

‘Pisang goreng’ atau ‘goreng pisang’. Tak kisahlah mana satu pun yang penting goreng pun sedap. Pisang goreng merupakan makanan yang mudah untuk dihasilkan lebih-lebih lagi sekarang ni ada tepung goreng khas. Celup pisang ke dalam tepung tu, tambah sikit garam, tuangkan air dan goreng. Kebiasaannya banyak gerai-gerai di tepi jalan yang menjual pisang goreng ni.

Pisang Goreng merupakan makanan ringan jenis goreng celup tepung yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Ia dimakan pada waktu pagi, dan petang biasanya dihidang panas-panas. Ia sering dijual oleh penjaja jalanan.

Pisang biasanya dicelup dalam adunan cair kunyit, dan tepung sebelum digoreng dalam minyak. Kini terdapat pisang goreng yang dihidangkan bersama keju, jam dan coklat. Sesetengah orang mendakwa ini bagi meningkatkan imej makanan sebagai makanan tradisional bagi mereka yang berpendapatan rendah.



RESEPI GORENG PISANG RANGUP

Bahan-bahan
4 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung gandum
1/2 kotak kecil Santan ( tidak kisah brand apa pun- kara, ayam brand, harmoni )
1 sudu Serbuk Penaik
1/2 sudu Kapur (optional)
1 sudu Serbuk Kunyit (optional)
1 biji telur
4 sudu besar Mentega / Marjerin ( dicairkan )
Garam secukup rasa
Air secukupnya
500ml Minyak Masak
1 cawan Shortening

Pisang

Cara-caranya

1. Anda perlu cairkan dahulu mentega / marjerin-apabila telah cair biarkan ia sejuk. (pastikan jangan sampai hangit)


2. Masukkan kesemua bahan-bahan termasuk telur dan air,pastikan kacau hingga sebati dan air gunakanlah secukupnya . ( Jika batter agak cair- masukkan sedikit lagi tepung beras, kita inginkan batter yang pekat-pastikan pekat tau macam santan dalam kotak tu )


3. Masa ni lah anda perlu memasukkan mentega/ marjerin yang telah cair itu ke dalam batter . Kacau sebati dan siap untuk digunakan. (anda boleh menggunakan resepi ini untuk menggoreng pisang atau menggoreng roti sardin)


4. Pastikan minyak goreng dipanaskan terlebih dahulu, dan campurkan lemak sayuran (shortening) tujuan penggunaannya adalah untuk mengranggupkan lagi pisang goreng kita ni..


5. Selamat mencuba.

Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube.walaupn berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:

2 comments:

  1. saya amat tertarik dengan rasa pisang goreng yang dijual disemenanjung. ianya berbeza dengan pisang goreng yang dijual di sarawak. perbezaan nya ialah dari segi penggunaan tepung. saya mendapati, rasa pisang goreng di semenanjung lebih ranggup kerana disaluti oleh tepung jagung.

    ReplyDelete
  2. Lama saya x makan pisang goreng.

    ReplyDelete