Wednesday 20 November 2013

KUIH BERONOK/ KUIH SAGU





Asal Usul
Kuih Beronok atau juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan. Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut. Kuih ini amat terkenal dalam masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Kuih ini selalu dihidangkan dalam majlis kenduri dan majlis- majlis kemasyarakatan dan ada juga ia dihidangkan dalam mesyuarat-mesyuarat. Kuih ini enak dimakan diwaktu pagi dan petang. Kuih ini sesuai dimakan oleh segenap lapisan masyarakat dan umur.

Kuih Beronok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Beronok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan pelbagai bentuk dan warna. Disebabkan ia tidak tahan lama, Beronok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut (muda)
sedikit garam ( gaulkan rata)
pewarna merah
daun pandan (simpulkan)

Cara Memasak:
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.

Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube.Walaupun berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:

No comments:

Post a Comment