Thursday, 12 December 2013

Roti Canai



Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.


Terdapat pelbagai jenis roti canai antaranya ialah:

Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.

Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan

Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.

Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.

Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.

Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.

Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.

Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.
Bahan-Bahan:
(Sukatan Berikut Untuk 1kg Tepung Gandum Sahaja)
Bahan-bahan :-
1 kilo tepung gandum
4 sudu majerin
500ml air
3 sudu susu pekat
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara:
1- Taburkan tepung di atas meja/dulang .
2- Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah)
3- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
4- Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung.
5- Tuang air sedikit demi sedikit.
6- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut.
7- Biarkan doh tadi selama 2 jam.
8- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin.
9- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
10- Doh sedia untuk di canai.
Dan siapppp!!!

Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube. Walaupun berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama:


Friday, 6 December 2013

NASI LEMAK



                                           

                                    

Nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan / bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah,kelapa sawit , sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh kerana nasi lemak mempunyai jumlah kalori/ tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat.

Nasi lemak adalah hidangan yang dijual di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Thailand Selatan. Di Kuala Lumpur, hal itu disebut hidangan kebangsaan, warisan kebangsaan Malaysia. Hal ini tidak menjadi bingung dengan nasi dagang dijual di pantai timur Malaysia atau Terengganu dan Kelantan walaupun kedua-dua pinggan boleh biasanya dijumpai dijual berdampingan untuk sarapan. Namun, kerana fleksibiliti yang nasi lemak di dapat dilayani dalam berbagai perilaku, sekarang disajikan dan dimakan setiap saat sepanjang hari. Ada hidangan sejenis di Indonesia disebut nasi Uduk.

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan RM1-RM6 sebungkus.

Nasi lemak secara meluas dimakan di Malaysia, bahkan sebagai hidangan disajikan di sekolah-sekolah Malaysia. Nasi lemak adalah hidangan sarapan biasa, pagi-pagi dijual di warung pinggir jalan di Malaysia, di mana ia sering dijual dibungkus dalam surat khabar, kertas coklat, atau daun pisang. Namun, ada restoran yang menyajikannya di atas piring sebagai makan siang atau malam hari, sehingga memungkinkan untuk hidangan yang akan dimakan sepanjang hari. Nasi lemak kukus yang bermaksud lemak nasi panas adalah nama lain yang diberikan kepada nasi lemak yang dihidangkan dengan nasi panas.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun dan ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging,ayam, udang sotong, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak.

Secara tradisional, ini datang sebagai sepiring makanan dibungkus daun pisang, dengan hirisan timun, teri kering kecil (ikan bilis), kacang goreng, telur rebus, dan panas pedas sos (sambal) pada intinya. Sebagai makanan yang lebih substansial, nasi lemak juga boleh datang dengan pelbagai menyertai lain seperti ayam, cumi-cumi, kerang, aduk goreng convolvulus air (kangkung), sayur-sayuran acar (achar), daging lembu rendang (daging lembu rebus dalam air kelapa dan rempah-rempah) atau paru (paru-paru lembu). Secara tradisional kebanyakan iringan yang pedas di alam.





BAHAN-BAHAN NASI LEMAK :

4 cawan beras Basmathi (guna Basmathi Moghul), cuci dan rendam 30 minit

6 cawan santan

1 helai daun pandan, disimpul

1 biji bawang besar, belah 4

1 batang serai, dititik

1 inci halia, diketuk

4 ulas bawang putih, diketuk

1/2 camca teh halba

Garam secukup rasa



BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS :-)

2 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam

2 1/2 senduk nasi cili kisar

1 camca teh pes asam jawa

1 biji bawang besar hiris

Garam dan gula secukup rasa

1 biji bawang besar*

4 biji bawang merah*

3 ulas bawang putih*

3 biji buah keras, hiris*

1 inci belacan*

(*dikisar halus)



BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :

Telur rebus yang masak, dibelah dua

Hirisan timun secukupnya

Daun selom (optinal)

Ikan goreng @ ayam goreng

Sambal tumis



CARA MEMBUATNYA :

UNTUK NASI LEMAK :
Toskan beras Basmathi, masukkan ke dalam rice cooker, masukkan santan, daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih, halba, halia dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Biar betul2 masak, kemudian gemburkan nasi guna chopstick, tutup kan suis rice cooker, tujuan untuk mengelakkan nasi lemak menjadi terlalu bergerak pada bahagian bawahnya. Sementara menanti nasi masak anda boleh buat sambal tumis..


UNTUK SAMBAL TUMIS :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis(toskan). Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika sudah kaw boleh matikan api...


UNTUK NASI LEMAK KAMPUNG :
Ambil sehelai daun pisang, dan letak atas sehelai kertas surat khabar (yang telah dipotong kecil sikit dari saiz daun pisang). ceduk nasi lemak secukupnya atas daun pisang. Letak hirisan timun, telur rebus dan sambal tumis, kemudian bungkus seperti dalam gambar. Boleh hidangkan dengan baki bahan2 sampingan.

Boleh lihat video di bawah ini dari Youtube.walaupn berbeza sendikit resepi,namun cara pembuatannya masih sama: